Failure to Adhere to Instruction Might not be a Just Reason for Dismissal

Failure to Adhere to Instruction Might not be a Just Reason for Dismissal

Mohd Fazly Bin Kassim V DHL EXpress (M) Sdn Bhd. (No Award 1073 Tahun 2020)

Fakta 

  • Pihak Yang Menuntut telah bekerja sebagai Kurier dengan Responden selama 16 tahun dan gaji terakhirnya adalah RM 2,657.00. 
  • Pada tahun 2014, Pihak Yang Menuntut telah diarahkan oleh Responden untuk menghadiri program “Team Building” di mana Pihak Yang Menuntut telah mengalami kecederaan parah di kepala, leher dan tulang belakangnya. 
  • Pihak Yang Menuntut kemudiannya telah dipecat pada 28.11.2017 atas sebab dan alasan Pihak Yang Menuntut telah mengingkari arahan syarikat untuk mendapatkan rawatan di KPJ Seremban dan sebaliknya meneruskan rawatannya dan mendapatkan sijil cuti sakit daripada klinik panel Responden. 
  • Pihak Yang Menuntut telah mendapatkan cuti sakit berlebihan yang mengakibatkan pelaksanaan tugasnya sebagai pekerja secara materialnya telah mengganggu prestasi kerjanya. 

Isu 

  • Sama ada salah laku yang dikatakan telah dilakukan oleh Pihak Yang Menuntut telah dibuktikan;
  • Sama ada salah laku yang telah dibuktikan itu merupakan sebab dan alasan yang adil kepada penamatan tersebut

Keputusan Mahkamah

  • Mahkamah setelah meneliti keterangan kedua-dua pihak serta keterangan saksi mendapati bahawa pembuangan kerja pihak yang menuntut adalah tanpa sebab atau alasan yang adil. 
  • Sepanjang tempoh perkhidmatan Pihak Yang Menuntut merupakan seorang pekerja yang rajin, tiada masalah disiplin dan telah menerima pelbagai sijil daripada Responden.
  • Pihak Yang Menuntut telah memaklumkan kepada Pegawai Sumber Manusia alasan tidak mendapatkan rawatan kesihatan di KPJ Seremban sepertimana yang diarahkan oleh Responden adalah kerana Pihak Yang Menuntut tidak mampu membayar perbelajaan rawatan dengan wang simpanan yang sedia ada. 
  • Pihak Yang Menuntut tidak mempunyai niat atau dengan sengaja mengabaikan arahan Responden. 
  • Pihak Yang Menuntut telah membuat permohonan untuk bersara awal seperti yang diminta Pengarah Kanan Sumber Manusia tetapi permohonan ditolak Responden tanpa sebab yang munasabah.
  • Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah mendapati Responden telah gagal membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa Pihak Yang Menuntut telah melakukan kesalahan salah laku seperti yang dikenakan terhadapnya.

Analisis dan Pendapat

  • Responden tidak memberi surat amaran kepada Pihak Yang Menuntut sebelum di berhentikan. 
  • Jika Responden berpendapat bahawa prestasi tugasan Pihak Yang Menuntut terjejas kerana kekerapan cuti sakit, Responden seharusnya menerima aplikasi Pihak Yang Menuntut untuk bersara awal kerana keadaan kesihatan yang secara tidak langsung disebabkan oleh Responden. 
  • Adalah arahan tersirat bahawa arahan yang diberikan oleh majikan sepatutnya diikuti dan pegingkaran arahan akan membawa kepada masalah disiplin tetapi majikan juga seharusnya lebih fleksibel dalam menangani masalah ini. 

For more information, please contact us by;
| Email: enquiry@irlaw2u.my
| Visit www.IRLAW2U.my
| 0172337805

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE COMMENT